Monday, March 7, 2011

SUARA KITA.........katakan sayang padanya

Suara kita….
Kedengaran di sini sana
Melontar dalam bicara kata
Mengukir hal-hal topik semasa
Atas dasar Pejuang Agama…..


Suara kita…..
Terus bercambah mengikut agenda
Rancaknya bila cabaran masa melanda
Terus hebat lebih-lebih lagi dengan kebanjiran VIRUS DUNIA



Pada ketika itu,…..suara kita,
Tersasar dalam matlamat utama
Pada mulanya atas dasar Pejuang Agama
Semuanya hampeh pabila terjulangnya nama
Pejuang agama terus bertukar menjadi title “ Pejuang Dunia”



Suara kita…
Sayang seribu kali sayang tidak terjaga
Seruan amal makruf dan nahi mungkar dilupakan seketika
Amalan umpat-mengumpat,buli-membuli,tuduh-menuduh,fitnah-memfitnah menjadi biasa
Tidak kurang pula ‘ talam dua muka’ menjadi perencah utama


Senang untuk dikata:
“ asalkan nama dan pangkat terus terpelihara
Nama dan ranking menjulang dunia”



Itulah hasil masakan utama
Bila acuan hati dijajah nafsu semata-mata
Bila minda dikawal satelit dunia
Maka langkah akan tersasar jua
Tidak lagi mampu mempertahankan nawaitu utama
..’ PEJUANG DUNIA ATAS DASAR PEJUANG AGAMA’


Tapi….
Slogan ‘ PEJUANG DUNIA UNTUK DUNIA’
Terus dibangga-banggakan dalam suara kita
Itulah kita…SUARA KITA..


Marilah kita meneliti dalam suara-suara yang kita suarakan…
Pejamkan mata secukup rasa
Refreshkan kembali minda yang kabur dalam noda dan dosa
Lapangkan hati dan sebutkanlah namaNya
Fikirkan 1 perkara dalam 1 kata
Iaitu “ DIA” dan bukannya dia atau mereka


Lupakah kita pada peringatanNya?
Dalil-dalil yang penuh memperingatkan hambanNya
Ayat-ayat yang sentiasa memberi panduan kepada kita
Iaitu Dialah pemilik kepada SUARA KITA….


Sahabat yang saya sayangi dan kasihi
Janganlah pula pada suatu masa
Suara kita tidak lagi bersuara
Pada masa itu penyesalan tidak berguna
Andainya Dia menarik balik nikmatnya….
Dan yang paling ditakuti oleh kita
Pabila izrail menjemput kembali ke tempat asal kita
Pada ketika dan saat itu,pintu taubat tertutup buat selamanya……



“ANDA BERFIKIR,HATI AKAN BERZIKIR,AMALAN TERUS TERUKIR





Firman Allah s.w.t.,maksudnya :
“ wahai orang yang beriman,hendaklah kamu menjadi orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah,menjadi saksi dengan adil. Dan jangan sesekali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah,sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (surah al-Ma’idah 5:8)

No comments:

Post a Comment