Wednesday, March 23, 2011

setelah malam,muncullah siang....


Bila anda rasa kehilangan

Anda akan kesepiaan

Di situlah mulanya kejatuhan







Bila anda rasa tersungkur

Anda hanya mampu berdengkur

Tanpa mengelurkan kata-kata

Hanya mampu mengalirkan air mata

Ketahuilah,saat itu

Jiwa anda tdk menentu

Betulkah begitu???







Bila jiwa tidak menentu

Semua perkara tak tepati waktu

Apa khabar solat? Tadarus? Dan hubungan degan TUHANMU

Jagalah amanah itu

Kerana amanah itu sumber kekuatanmu…..









Wahai sahabat yang ku sayangi

Ketahuilah bahawa hidup penuh dengan seni

Seni yang berwarna warni

Kadang-kala berseri,kekadang sunyi

Itulah asam garam,punyai pelbagai ragam….







Tanamkan dalam hati

.......Semangatku xpernah mati

Langkahku xakan berhenti

“ biar rebah jangan berubah”

“biar terbuang terus berjuang”...........





HAYATI DISEBALIK ANALOGI :


belajarlah darpda kesabaran dan ketabahan sebatang pohon. Pohon yang besar mampu menahan ribut dan taufan kerana ia mempunyai batang yang kukuh dan kuat. Bermula dari benih yang kecil,ia tumbuh menjadi pohon yang besar dan semakin kuat akarnya. Sebelum menjadi sebatang pohon yang kuat,ia belajar menahan teriknya matahari,kuatnya angin,dinginnya hujan dan gangguan daripada manusia dan juga haiwan. Setelah melaui semua itu,daripada sebiji benih yang tidak terlihat,menjadi tunas yang bercambah dan akhirnya bertukar menjadi pohon yang besar.









cuba anda renungkan pula kejadiaan awan. Bermula daripada penyejatan cecair ( air di semua permukaan berair) kepada wap air..kumpulan wap2 air yang semakin bertambah menyebabkan awan tidak lagi menampung beban kandungannya,lalu dipendekkan cerita maka terjadilah hujan...Datangnya hujan membawa pelbagai rezeki kepada seluruh makhluk muka bumi. Manusia dapat menggunakannnya,begitu juga tumbuhan dan haiwan...Andaikata,kita berada sebentar dalam situasi awan ini," menangislah..menagislah selagi kau mampu menangis sahabtku",sesungguhnya tangisanmu itu salah satu daripada cara untuk merawatkan kornea matamu..tangisanmu juga mampu mentarbiahkan dirimu terhadap semua masalah yang menghimpitmu,agar kamu tidak pernah berpaling daripada mengingatinYA...









Walaupun zahir nampak kelemahan

Namun,percayalah kelemahan itu sumber kekuatan..

Ingatlah dengan fiman Allah:

..’setiap kesulitan pasti ada kemudahan’











"......Jika kau fikirkan kau boleh

Kau hampir boleh melakukan

Jika kau fikirkan ragu-ragu

Usahamu tidak menentu







Jika Kau pedulikan kekalahan

kau fikirkan kejayaan

kau hampiri kemenangan….."











" JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARIPADA RAHMAT ALLAH.SESUNGGUHNYA TIDAKLAH ORANG YANG BERPUTUS ASA DARIPADA RAHMAT ALLAH,MELAINKAN ORANG KAFIR..(SURAH YUSUF 12:87)





"..PEACE TO ALL,PEACE NO WAR "

Wednesday, March 9, 2011

TAK TAHU GAPO SATU

Uwek….uwek…uuuuweeekkkkk..

Anak menangis berteriak anak

Dukung tok sir,mbok pun tak nak

Ragam punya mak

Bila nak ulik anak

Suruh berzikir, katanya “ aku surrender “

Bagi je dangdut,’aku memang terer”





Ragam pula si ayah

Anak panggil abi,

Ditegahnya sampai berapi

Katanya,”apa pula abi..panggilah dady

Kan bergaya orang dengar nanti





Si anak mula terkebil-kebil

Katanya anak “ aku salah atau ayahku yang degil”

Ustaz dan tok guru kata,paggil ayahmu abi

Aku panggil abi,ayahku pula tak bagi

Aish..si anak bingung sekali lagi



Bila anak dewasa

Mulalah cabaran hidup melanda

Menguji jiwa anak remaja



Bila si anak tanya bapa

“ ah,kau buatlah apa kau suka,asal kau jangan derhaka”



Bila si anak tanya ibu

“ pergilah pada bapa kau..”





Si anak termenung sendiri

Nak luah tidak, nak telan pun engak

Hidup tak nak,mati tak mau

Hiduplah si anak dalam khayalan

Permulaan tapak dengan berperleseran

Lama-lama testing dalam KEMAKSIATAN

Koho lama koho barah

Virus dasyat mula terserlah

BOHJAN,BOHSIA,MAT REMPIT,MINAH REMPIT

Salah laku di jalan sempit





Bila maksiat dah terasa sedap

Buatlah apa pun tak akan hinggap

Ceramah situ,motivasi sini

Semua dah jadi basi





Tut..tut..kuar paper

Tak tahu anak sape

Penjara sini,penjara sana

Penuh dengan anak-anak muda





Tidak kurang pula yang banyak menanti

Walaupun bukan kehendak hati

Tapi itulah yang terjadi

Tengok di pusat serenti

Ramainya muda mudi

Bukannya tanamkan di hati

Nak masuk universiti!!!





Inilah dia,kalu tak di asuh zaman muda

Jika dulu buat slumber,tengoklah akhirnya siapa y dislumber

Jika dulu cakna,kan hidup itu jadi bermakna

Itu lah kata orang tua-tua

Nak didik anak jangan lupa satu perkara

Sebelum dikejutkan dengan berjuta sandiwara

Monday, March 7, 2011

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA






Jadikan diri seperti mutiara di lautan,begitu sukar sang nelayan untuk memiliki..Jadikan kamu seperti mentari pagi,cahayanya menyenerangi bumi, cerianya seindah suria pagi. Jadikanlah sebaik-baik diri,mantapkan iman di hati,perbanyakkan amalan kepada Ilahi,hidupmu wanita akan diberkati..♥♥
"..seindah perhiasan adalah wanita solehah.."

s...elamat hari wanita sedunia

~~~~~~~WANITA CAKNA,AKHLAK TERPELIHARA~~~~~~~~~~~~

SUARA KITA.........katakan sayang padanya

Suara kita….
Kedengaran di sini sana
Melontar dalam bicara kata
Mengukir hal-hal topik semasa
Atas dasar Pejuang Agama…..


Suara kita…..
Terus bercambah mengikut agenda
Rancaknya bila cabaran masa melanda
Terus hebat lebih-lebih lagi dengan kebanjiran VIRUS DUNIA



Pada ketika itu,…..suara kita,
Tersasar dalam matlamat utama
Pada mulanya atas dasar Pejuang Agama
Semuanya hampeh pabila terjulangnya nama
Pejuang agama terus bertukar menjadi title “ Pejuang Dunia”



Suara kita…
Sayang seribu kali sayang tidak terjaga
Seruan amal makruf dan nahi mungkar dilupakan seketika
Amalan umpat-mengumpat,buli-membuli,tuduh-menuduh,fitnah-memfitnah menjadi biasa
Tidak kurang pula ‘ talam dua muka’ menjadi perencah utama


Senang untuk dikata:
“ asalkan nama dan pangkat terus terpelihara
Nama dan ranking menjulang dunia”



Itulah hasil masakan utama
Bila acuan hati dijajah nafsu semata-mata
Bila minda dikawal satelit dunia
Maka langkah akan tersasar jua
Tidak lagi mampu mempertahankan nawaitu utama
..’ PEJUANG DUNIA ATAS DASAR PEJUANG AGAMA’


Tapi….
Slogan ‘ PEJUANG DUNIA UNTUK DUNIA’
Terus dibangga-banggakan dalam suara kita
Itulah kita…SUARA KITA..


Marilah kita meneliti dalam suara-suara yang kita suarakan…
Pejamkan mata secukup rasa
Refreshkan kembali minda yang kabur dalam noda dan dosa
Lapangkan hati dan sebutkanlah namaNya
Fikirkan 1 perkara dalam 1 kata
Iaitu “ DIA” dan bukannya dia atau mereka


Lupakah kita pada peringatanNya?
Dalil-dalil yang penuh memperingatkan hambanNya
Ayat-ayat yang sentiasa memberi panduan kepada kita
Iaitu Dialah pemilik kepada SUARA KITA….


Sahabat yang saya sayangi dan kasihi
Janganlah pula pada suatu masa
Suara kita tidak lagi bersuara
Pada masa itu penyesalan tidak berguna
Andainya Dia menarik balik nikmatnya….
Dan yang paling ditakuti oleh kita
Pabila izrail menjemput kembali ke tempat asal kita
Pada ketika dan saat itu,pintu taubat tertutup buat selamanya……



“ANDA BERFIKIR,HATI AKAN BERZIKIR,AMALAN TERUS TERUKIR





Firman Allah s.w.t.,maksudnya :
“ wahai orang yang beriman,hendaklah kamu menjadi orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah,menjadi saksi dengan adil. Dan jangan sesekali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah,sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (surah al-Ma’idah 5:8)

Wednesday, February 16, 2011

@@ salam terakhir,...... ku milikMU~


Manisnya cinta seperti madu, tenangnya cinta umpama awan di langit, bahagia bercinta tidak makan pun tak apa asalkan ungkapan cinta sebati di jiwa  dan seolah-olah diri tidak terpijak di bumi nyata.



NAMUN...CINTA ALLAH JUALAH MELAKARKAN KETENANGAN..................................







Jemy adalah anak tunggal keluarga Datuk Baharom, mendapat pendidikan di UK DALAM jurusan kedoktoran. Jemy anak gadis kesayangan Datuk Baharom dan Datin Kamilah. A'aa mesti anda terkejut kn?? nama Jemy, tp rupanya perempuan. Itulah Jemy atau nama asalnya Jamilah. nak dijadikan cerita, asalnay si Jamilah ni baik orangnya, pakai jilbab...berbudi bahasa, pandai mengaji, hormat orang tua pulak tu...bab kata sebut je nama Jamilah, memang xde orang lain lagi..itulah keturunan Datuk Baharom dan Datin Kamilah..keturunan yang baik-baik...





Masa belajar kat UK, Jamilah ni byk bantu kwn2..terutamanya dalam soal agama..senang citer "Pendakwah Bebas". Nak pendekkan cite, begini...satu hari..de la bdk coursematenya, mat Salleh...cm Mat Salleh tu suka kt Jamilah..ape lagi, 1000 1 cara la untuk dekat ngn Jamilah..kata Mat Salleh tu " can you help me?, please tell me about islam"...a'aa pe lagi..si Jamilah ni teruja sgt la....at least dia dapat tarik Mat Salleh ni mendalami islam..maka, bermula lah al kisah, mulai saat itu, Jamilah terus rapat dengan Mat Salleh ni..



bulan berganti bulan, hari demi hari....Jamilah sudah berubah..tudung entah ke mana, sembahyang cukup entak ke tidak..apa yang dia tau, hari-hari kelab malam..lps kuliah lepak dgn kwan-kawan.. Yang dibangga-banggakannya, "can u call me Jemy"..Terus terkejut Mat Salleh tu, pe tidaknya..tak sangka Jamilah boleh berubah seperti itu..Namun, dia bersyukur, Allah telah membuka hatinya memeluk islam...tapi, dia sedih sgt bila tengok Jamilah seperti itu..Mau tidak mau, dia berazam membawa Jamilah ke pangkal jalan..



Pada satu malam, Saifullah (nama islam Bryan) pergi ke kelab malam..setelah mencari Jamilah ke merata tempat, akhirnya dia yakin pasti Jamilah berada di sana..Astaghfirullah al'azim..beristighfar panjang Saifullah melihat keadaan Jamilah..hanyut dan hanyut seolah-olah terkena kejutan budaya..Dengan menahan kemarahannya, Saifullah menyuruh si Jamilah ni balik..dengan muka yang monyok, Jamilah terus beredar..



hari demi hari, hidup Jamilah tak tenang, kuliah banyak tak datang..hidup sentiasa gelisah...menangis..menangis..dan terus menangis...Satu hari tu, entah kenape tiba-tiba wajah Saifullah bermain di fikirannya..setelah sekian lama sejak peristiwa di kelab malam tu, Saifullah telah menghilangkan diri...



"Paul, where is Saifull?" tanya Jamilah kepada bestfriend Saifull.."are you serius?" soal Paul hairan..."yeah, i'm serius.. what happened" Jamilah bertambah resah...menjangkakan sesuatu yang buruk berlaku.." he was died, last month..this letter for you..from Saifullah..I'm sorry, I can not be contacting you. I've been looking for you, but i don't know where are you..so sory Jamilah " suara kesal Paul setelah sekian lama Jamilah kini telah di temui..





salam...

Buat Jamilah, sahabatku..~

Terlebih dahulu saya memohon kemaafan kiranaya selama persahabatan, Jamilah ambil hati dengan gurauan, sendaan, dan kata-kata saya selama ini.. Mungkin Jamilah terkejut kan, saya dapat bercakap Melayu..semua ini kenyataan Jamilah, saya ingat lagi kata-kata awak "nak seribu daya, tak hendak seribu dalih..Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehingga mereka sendiri mengubahnya.."



buat pengetahuan Jamilah, setelah memeluk islam, saya telah belajar Bahasa Melayu selama setahun..Alhamdulillah, berkat usaha, Allah membantu saya..Saya telah mendalami banyak ilmu agama, tenang bersamanya..sekarang hidup saya lebi bermakna..Saya bersyukur dikurniakan seorang teman, kawan dan sahabat seperti awak yang saya akan jadikan sebagai isteri saya pada satu masa nanti..



tetapi, sayangnya..harapan saya tidak mungkin tercapai..Saya telah mengidap penyakit barah Leukimia, dah tahap bahaya..Ingat nak bagitahu Jamilah masa kat kelab malam, tapi keadaan tak mengizinkan..Mungkin saat Jamilah membaca surat ini, saya sudah tiada..



Walau apa pun berlaku, saya nak tengok Jamilah seperti dlu..dan bukan Jemy sekarang..saya harap Jamilah faham..Kembali ke pangkal jalan, sepertimana Jamilah menunjukkan saya jalan kebenaran..



sekian, wassalam..



SAIFULLAH



berderai air mata Jamilah, baru sedar selama ini dia hanyut...hanyut dengan air-air keruh..di bawa angin-angin badai, hingga lupa pada asal usul, tangunggjawab..Mulai saat itu, dia telah kembali kepada kehidupannya yang sebenar, al-quran tidak lagi dijadikan pameran, tasbih bukan juga sebagai tontonan,....setiap hidup digunakan sepenuhnya



".........YA ALLAH,SENTUHLAH HATI KAMI, SAAT KAMI JAUH DARIMU, PELUKLAH HATI KAMI, SAAT KAMI MENCINTAI DUNIA, PELIHARALAH IMAN KAMI SELALU..JADIKANLAH KAMI HAMBA YANG BANYAK BERDOA, BERISTIGHFAR DAN MENANGIS DI HADAPANMU, AGAR DBERI KEKUATAN DAN KESABARAN MENGHADAPI SETIAP SESUATU YANG DATANGNYA DARIMU..SESUNGGUHNYA KU TETAP MILIKMU............."

+++++ Mantaq IMAN,indah AKHLAK +++++

Akhlak indah datangnya dari IMAN yang mantaq


Pertemuan antara seorang musafir dengan seorang pemuda dalam perjalanan mencari hakikat hidup bagi mentabiahkan dirinya dalam menulis karier terbarunya mengenai “virus hidup yang kian memucak”…Dengan izin Allah, pada suatu hari, mereka dipertemukan di sebuah warung…..



Di warung Pak Haji…..
Kelihatan seorang pekerja yang tidak terurus rupa, kusut masai seolah-olah ketiadaan identiti dirinya. Sungguh menyedihkan apabila tengok keadaan si pemuda itu…lalu sang musafir ini terus menghampiri pemuda tersebut..:



Pemusafir : Assalamualaikum nak

Pemuda : waalaikummussalam……..

Pemusafir : Boleh pak cik duduk di sini nak?

Pemuda : sila2….( senyum paksa )

Pemusafir :Kenapa ya? Muka anak risau je pak cik tengok..anak ada masalah ke?


Pemuda : Ya pak cik, lebih daripada masalah…dah jadi racun pak cik.Saya
:buntu,keliru,sedih,marah..semua bercampur..saya merasakan hidup tak
: bermakna lagi pak cik.


( sambil menekup muka,riak wajah kekesalan dan kepasrahan tergambar di mukanya).


Pemusafir : ‘Mungkin anak ini berdepan dengan masalah yang begitu besar”,
:(cetus hati pemusafir ini).



الله اكبر الله اكبر
الله اكبر الله اكبر
اشهد ان لا اله الا الله
اشهد ان لا اله الا الله
-------------------
…………………………

( kedengaran azan menandakan waktu zuhur)



Pemusafir : Jom nak, dah masuk waktu zuhur. Kita tunaikan kewajipan kita
:dahulu,lepas tu anak cerita masalah anak kepada pak cik…




( di masjid selepas selesai solat berjemaah, pemusafir dan pemuda mengambil tempat di ruang rehat yang telah disediakan)




Pemuda : Pak cik, kenapa walaupun selepas solat, saya rasa tidak tenang juga.
:Sedangkan tadi saya telah meminta dan memohon kepada Allah supaya masalah
:saya inidiringankan, supaya saya sabar dan dapat berfikir dengan tenang.

( keluhan pemuda diiringi air mata,sudah pasrah dengan usaha yang dilakukan).



Pemusafir : Sabar nak,sabar…kuatkan semangatmu wahai anak muda..
bersangka baiklah dengan Allah, percayalah setiap kesulitan pasti
ada kemudahannya Pak cik nak tnya sesuatu boleh? Tapi ini di luar
daripada pemasalahan anak,tapi mungkin dapat membantu anak untuk
berfkir…

( sambil tersenyum)


Pemuda : Boleh pak cik, insyaallah jika saya mampu menjawabnya

Pemusafir : Cuba anak tengok pokok di depan kita ni, kuatkan batangnya?
Agak-agak anak la,bagaimana ya rupa akar pokok ni?
Berserabutkah,tunjang kah,buruk atau elokkah?


( menunjukkan wajah kekeliruan)





Pemuda : pak cik…pak cik..betul-betul lawak la (senyum sinis)..tengok batang pokok
pun dah tahu, mestilah akarnya tunjang..Tentulah kuat,akar tunjang kan
mencengkam tanah..pokok ni susah jugaklah nak tumbang pak cik..haha..




( menampakkan sedikit keriangan di wajah pemuda tersebut,mungkin geli hati dengan pertanyaan pemusafir tersebut)




Pemusafir : Ooo ya tak ya jugak kan..(sambil tersenyum). Kenapa ya pokok ada
dahan,ranting? Walaupun kecil tapi mesti ada?



Pemuda : Erkk…sebab dahan tu penguat,buah-buah /bunga boleh tumbuh darinya..agaknya
la pak cik, tapi ia cantik,lau dahan tak ada.. cam taK elok…huhu


(pemuda kurang berpuas hati dengan jawapan yang diberikan..” mana la aku tahu,tak pernah kaji pun sebelum ni,” cetus hati si pemuda yang bingung dengan soalan pelik pak cik tersebut.)



Pemusafir : ( terus tersenyum melihat gelagat si pemuda yang kehairanan dengan
soalan bertub-tubi yang diajukan)

Ni soalan last pak cik..emm antara akar dan buah,adakah ia berkaitan?


Pemuda : Mestilah pak cik..kalau akar tu buruk, tentulah buah tak akan
menjadi…kalau akar tu elok, menjadilah buah tu…(sedikit tinggi suara anak
muda tersebut,mungkin kurang sabar dengan soalan-soalan merepek tersebut)



Pemusafir : Sabar nak..sabar…pak cik bukan saja-saja menanyakan anak soalan-
soalan tadi, semua itu ada kaitan dengan masalah yang anak hadapi
sekarang ni.


Pemuda :maksudnya????(kebingungan)



Pemusafir :


akar
adalah analogi terhadap iman, islam sebagai pohonnya dan ihsan adalah buahnya. Rukun iman terfokus kepada penanaman benih keyakinan dalam jiwa dan akal manusia. Keenam2 rukun iman perlu dipelajari,difahami dan dihayati sehinga menimbulkan keyakinan dalam diri. Implikasi terhadap keyakinan ini akan menyebabkan seseorang melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.



Setelah ada kemahuan mencapai sesuatu yang diingini dan melakukan sesuatu yang selaras dengan keinginan itu,maka rukun islam menyediakan satu set amalan yang dilaksanakan dengan betul,tepat dan koseinsten untuk melahirkan peribadi yang baik. Melalui pengalaman rukun-rukun islam,seseorang akan melalui satu proses menterjemahkan imannya kepada bentuk perbuatan yang melibatkan soal hati,lisan dan perbuatan.




Pelaksanaan rukun islam sebagai lanjutan kepada keyakinan dalam rukun iman akan melahirkan satu rasa yang paling suci dalam hati,yakni rasa melihat atau dilihat oleh Allah s.w.t..Inilah ibu segala-galanya kepada seluruh kebaikan pada manusia. Ihsan merupakan impak keyakinan terhadap rukun iman dan pengamalan rukun islam. Ihsan akan melahirkan rasa takut,hina,miskin,jahil dan pelbagai rasa kehambaan kepada Allah s.w.t..





Pemuda : Islam,Iman dan Ihsan…..( sambil merenung jauh )




Pemusafir :

Untuk menghasilkan buah yang baik,akarnya perlu kuat..walau apa pun masalah yang kita hadapi,kembalilah kepada 3 perkara ini..mungkin kita tercicir intipati dalam salah satu aspek ni/mungkin juga kita bersahaja dengannya…


Hari dah lewat,perjalanan pak cik masih jauh..pak cik mahu berangkat dahulu ya nak..semoga anak berjaya menyelesaikan masalah dengan rasional..jangan berfikir mengikut emosi,berfikirlah mengikut cara islam..sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang yang sabar..( beredar meninggalkan pemuda tersebut).

Tuesday, February 15, 2011

""" SeBaRkAn aYaT-aYaT CinTa """


sebarkan ayat-ayat cinta
kepada seluruh pelusuk dunia
agar kembali kepada Yang Maha Esa


sebarkan ayat-ayat cinta
kepada muda-mudi kita
nadi pembina harapan bangsa, agama dan negara
supaya tidak tergelincir dari tuntutan agama



sebarkanlah ayat-ayat cinta
biarkan hati tersentuh seketika
berfikir, bertafakur kejadiaan mayapada,,,,,

agar hati terus mekar mengingati-Nya
pabila diri menjalankan urusan dunia



agar hati terus subur mengingati-Nya
bahawa akhirat adalah kediaman selama-lamanya







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ayat-ayat Cinta Allah SWT
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Tujuh Ayat Cinta
Sabda Rasulullah SAW:



Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..



1. bismillahhirrahmannirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.


2. alhamdulliah: pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.


3. astagfirrullah: jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.


4. insyaallah: jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.


5. lahaulawalaquataillahbillah: bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.


6. innalillah: jika menghadapi musibah atau melihat kematian.



7. laailaahaillallah: bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.


Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah

Sunday, February 13, 2011

.....TaUTan MaHaBBaH...






Deruan angin meruntai dingin
menyelubungi seluruh alam
heninya tidak menanti waktu
datang pula tak siapa yang tahu




Masih ada langkah...
dalam perjuangan
semangat tak pernah patah
meskipun dengan cabaran




ooo...simfoni kehidupan
melangkah mara berjuang ke hadapan
mengkr destinasi cinta abadi
menggapai cita-cita hakiki



Masih ada langkah
di sebalik kejatuhan
tak akan ku pasrah
tanpa segengam kejayaan



Akan ku temi
manisnya tika itu
dalam TAUTAN MAHABBAH
redhamu ya Tuhanku.....

Saturday, February 12, 2011

Muhasabah CINTA.......


C = CINTA

I = ITU

N = NERACA

T = TITIAN

A = ALAM







Cinta atau Ai dalam bahasa Cina, Alhubb bahasa arab dan Rak pula dengan siamnya, semuanya bicara soal cinta. Bahkan begitu banyak bicara cinta dibincangkan, bertimbun-timbun buku motivasi dihasilkan, puisi-puisi dan novel cinta terus dikeluarkan malah semakin hari semakin penuh di pasaran. Tidak kurang pula dalam industri muzik, boleh dikatakan lagu-lagu adalah berkisarkan pasal cinta. Wah! Betapa uniknya inti cinta sehingga boleh digambarkan dalam pelbagai rupa, itulah seni cinta. Cinta sesuatu yang indah, seni dan bahagia. Manisnya cinta seperti madu, tenangnya cinta umpama awan di langit, bahagia bercinta tidak makan pun tak apa asalkan ungkapan cinta sebati di jiwa dan seolah-olah diri tidak terpijak di bumi nyata. Diri sentiasa terapung di awang-awangan, mahligai keemasan terpancar diwajah menggambarkan gembiranya dan berharganya erti sebuah cinta. Betapa bahayanya panahan cinta, bila bersebati sukarnya untuk ditinggalkan. Siapa tidak mahu disayangi, kerana itu lumrah seorang insan yang bergelar manusia. Mereka sentiasa ingin dikasihi, dapat perhatian dan dimanjai oleh insan yang tersayang. Pendek kata, semua perkara jika disandarkan pada cinta, semuanya indah belaka seolah-olah tiada cacat celanya.





Sepertimana kata-kata Freud dan Anonymous:




“in the final analysis we must love in order not to fall ill”
(Freud)
“ duty makes us do things well, but love makes us do them beautifully”
(Anonymous)





Dalam al-quran, cinta boleh diertikan sebagai kemahuan untuk berpasangan dalam menikmati keindahan dan kelazatan hidup, keasyikan dan keinginan kepada perkara-perkara yang disenangi, perkongsiaan, kemuliaan hati, kasih sayang, hormat dan ketaatan kepada yang dicintai. Cinta yang tulen lahir daripada orang yang beriman yang mencintai Allah sepenuh hati dan perasaan, bersikap lemah-lembut dan saling kasih-mengasihi sesama islam. Dalam hadis ada menyatakan cinta adalah saling memelihara silaturrahim, saling berhubungan dan ziarah-menziarahi. Cinta kepada Allah dan Rasulnya dan cinta sesama manusia semata-mata kerana Allah akan melahirkan kenikmatan spiritual atau kelazatan dalam iman.




Namun, segelintir daripada anda pernah mengatakan CINTA ITU BUTA. Betulkah dakwaan sedemikian? Sejauhmana akan kebenarannya? Ya, mungkin setelah diri anda kecewa, frust akan cinta maka lahirlah cinta itu buta, cinta itu tidak pernah wujud dan bermacam-macam lagi dakwaan-dakwaan negatif mengenai cinta. saya tidak mengatakan cinta itu buta, kerana lahirnya ia pada naluri manusia. Bahkan Allah s.w.t tidak melarang hambanya bercinta asalkan tuntutan dan batasan syariat menjadi benteng segalanya. Ruangan ini saya turut memuatkan tentang kisah cinta:





“………..Ada seorang gadis buta. Semua orang bencikan dia kecuali kekasihnya.
Gadis itu selalu berkata andainya dia boleh melihat, “Sudikah awk mwngawini saya sekarang?”
Pada suatu hari, ada seseorang mendermakan mata kepada gadis itu. Bila gadis itu boleh melihat, kekasihnya berkata “sudikah awak mengawini saya sekarang?”
Gadis itu menolak. Kekasihnya tersenyum dan pergi sambil berkata,”tolong jaga mata saya baik-baik………..”




Mungkin situasi sebeginilah yang mendorong anda menyatakan cinta itu buta. Memanglah cinta seorang gadis itu boleh dikategorikan cinta buta tetapi bukannya cinta itu buta. Cinta buta apabila gadis tersebut menolak lamaran kekasihnya padahal selama matanya tertutup oleh kegelapan, dia cinta akan kekasihnya. Namun, setelah dapat melihat semula cahaya kehidupan, diri gadis tersebut seolah lupa akan daratan. Seolah-olah gadis tersebut hanya mencintai kesempurnaan dan kelengkapan semata-mata, namun dia buta akan keikhlasan hati dalam menerima cinta. Inilah yang dikatakan cinta buta, cinta berdasarkan permainan semata-mata bukannya keikhlasan kerana Allah s.w.t. Namun, saya tidak bersetuju sekiranya dakwaan menyatakan CINTA ITU BUTA. Wajarlah dikatakan cinta itu buta kerana tidak mempunyai mata, namun ada satu mata yang lebih penting dari mata penglihatan iaitu mata hati. Jadi mengapa menyalahkan cinta, sedangkan ia anugerah Allah kepada semua makhluk yang benyawa.




Hadirnya cinta bukan diduga dan diminta, terbitnya ia jauh disudut hati dan jiwa. Lahirnya gumpalan cinta di hati apabila mata bertentang mata, namun ingat sekiranya pandangan mata kerana Allah, nescaya cinta yang terbina adalah mahligai kebahagiaan dan raja segala kegembiraan, namun sekiranya pandangan syaitan melebihi segala-galanya, awas cinta yang terbina menuju kehancuran. Jadi, mengapa tomahan negatif sering mempersalahkan cinta? sesungguhnya ia adalah satu pemata yang berharga perlu digilap dan diasuh dengan sepenuhnya. Jadi, salahkan diri anda andainya cinta anda lebur di persinggahan atau jatuh sebelum tibanya ke pucak.





Memang tidak dinafikan, bila sebut soal cinta pasti diri anda tersenyum-senyum dan tersipu malu kerana itulah hakikat azali manusia. Namun, sedarkah anda, lupakah anda kepada pemberi nikmat cinta? Kalian sibuk mencari cinta manusia sedangkan anda terlupa untuk mencintai kepada pemberi nikmatnya. Allah s.w.t sangat mencintai makhluknya tak kiralah binatang, tumbuhan, manusia serta semua makhluk ciptaannya. Segala keperluan sebagai seorang manusia tidak terjejas sedikit sekalipun. Betapa besarnya cinta Allah kepada hamba-hambanya. Namun, manusia sering abaikan cinta mereka pada penciptanya. Segala suruhan diabaikan apatah lagi perkara sunat, langsung tidak dikerjakan. Adakah ini yang dikatakan anada mencintai Allah? Tidak malukah anda kepada ALLAH? Begitu banyak kurniaan yang diberikan, namun anda hanya menghabiskan nikmat-nikmat tanpa berterima kasih dan bersyukur pada-Nya. Ayuhlah! Sedarlah! Bangkitlah dari selimut kemalasan, padamkan segala kehanyutan demi memperoleh cinta Ilahi. Sujudlah pada yang maha Ar-Rahim (yang maha penyayang), insyaallah hidupmu akan mendapat keberkatan dan menjadi pemangkin dalam mendapatkan cinta insan yang mencintai Allah. Ingatlah! Cintai kepada yang memberi nikmat dan bukan nikmat yang diberikannya.




Biar badan lesu ditomah kata keji
Jangan kau menangis wahai mata hati
Menangislah andainya cintamu ditolak ilahi
Hidupkan hatimu dengan redha ilahi

kenalkan ALLAH pada hatinya


Pepatah melayu ada mengatakan :



“..Melentur buluh biarlah dari rebungnya..”



Andai sudah menjadi buluh, dilentur patah..dibengkok pecah
Mendidik biar sewaktu kecil..umpama mengukir lukisan da atas batu

Mendidik ketika dewasa..bagaikan membina istana pasir..sekali ombak merempuh, sekaligus pasir roboh



Tapi..bagaimana perhitungannya
Belum samapai menjadi buluh, rebung tak terus kukuh
Terus sekah dan rekah..menunggu masa untuk pecah
Dr pangkal sampai hujungnya
Keruh air di hulu hingga membawa kelodak ke hulunya





Jenayah di peringkat sekolah..isu baru dan lama terus terselah
Virus yang lama terus membengkak, virus yang baru membuak-buak
Menunggu masa untuk mengeluarkan nanah
Kata sesetangah pihak itu masalah kecik
Tak sampai ke pihak kronik
Peratusnya tak sampai Satu... katanya tak perlu dihebohkan dulu





Kata sesetengah pihak pula..Ini adalah masalah negara
Kenapa nak dibabitkan bersama..
Menghabiskan wang, masa dan tenaga
Bila virus sudah mendadak..
Barulah semua tersedak
Masing-masing mula bertindak..
Tapi itulah, sudah terantuk baru terngadah





Tunas generasi telah tercalar..
Bermula dari kanak-kanak lagi sudah tercemar
Siapa akan bertanggungjawab??..
Siapa akan menjawab??...
Kita, keluarga, negara atau masyarakat???





Mari kita bertafakur sebentar, berfikir sejenak..muhasabah sesaat
Menganalisis produk dari kilangnya, melihat kuih dari acuannya
Menghitung nasi dengan lauknya
menilai rintik si anak dari borek bapanya
Mencari susur galur akarnya
Mencari jati diri pada hakikat
mentafsir asal mula pada yang tersirat





Asal permulaan pertemuaan ibu bapa..Perkenalan dan cinta jangan dicemari dosa
Merisik, pertunangan dan penikahan..Atur langkah mencari keredhaan Tuhan
Disusuri penuh syariat..Nikah yang berkat bersendikan hukum Allah



Di rahim ibu benih anak disimpan..Dibajai dan disuburkan dengan belaian Al-Quran
Surah Luqman, Yusuf dan Maryam..agar degup jantung, aliran darah dan denyutan pernafasan
Dalam selubung kebaikan…dalam lindung keredhaan





Lahirnya dilaungkan seruan azan…Iqamat, tahnik, akikah lalu dinamakan
Muhammad …sempena insan teladan
Adam..Isa..IIyas, Yusuf…
Berkat nabi dan rasul pilihan..dalam kalangan para pejuang dan penegak kebenaran
Dalam kalangan para sahabat dan siddiqin…Para syuhada dan solehin




Didiklah puteri dan putera mengenal Allah..diteraskan Al-Quran, berasakan Al-sunnah
Diajar beradab dan beribadah…Menerusi sejarah hidup Rasulullah
Biar kain yang terbentang putih dihiasi indah coraknya
Akar tunjangnya terus kukuh, segar ke dahannya..
mampu menghasilkan buah yang enak rasanya
Jiwa, akal dan emosinya yang gagah, bersendikan AWWALUDDIN MAKRIFATULLAH





Ajarkan dia menghitung dosa..di samping belajar mengira angka

Ajarkan dia mengenal yang dicipta..berasakan iman kepada Pencipta

Kenalkan Allah kepada hatinya…

^^^ S.A.T.U C.I.N.T.A ^^^


Ku memohon dalam sujud kepadaMu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku…...keimananku


Engkau 1 cinta yang selamanya aku cari
Tiada waktu kutinggalkan
Demi cintaku kepadaMu


Walau 1000 rintangan
Yang menghadam dalam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya padaMu…
ku pasrahkan….


Oh Tuhan selamatkan hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

Sunday, January 9, 2011

Rintihan Hati


bila bicara pasal hati

pasti semuanya ternanti-nanti

bagaimana gambarannya?

apa pula isinya?

yang pasti hati itu seni

terlalu sukar difahami

hidup tanpa hati

manusia akan mati

rohani akan kosong

akal akan kudung

Rintihan Hati

perlu diperhalusi

supaya tdk terpesong dari Ilahi

demi mendapat nur qalbi


indahnya hati dalam taman (manusia)

bila dibajai dengan iman

diperkukuhkan pula dengan amalan

insyaallah, akan mendapat keberkatan Tuhan



Sunday, January 2, 2011


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



selamat tahun baru Masihi kepada semua rakyat penghuni bumi Allah. mulakan langkah yang baru, dengan penuh iltizam dan azam yang kukuh serta sentiasa bersyukur atas nikmat kurniaannya...

About luv




tasbih cinta kian berlagu

irama penuh menusuk kalbu

indahnya cintanan berpadu

pada ALLAH pencipta y 1



muhasabah cinta muhasabah diri

melayari hidup alam duniawi

mohon keampuanan kpd ILAHI

demi kebahagiaan hidup ukhrawi



zikir cinta zikir Qalbi

mencipta ketenangan dalam hati

zikir penenang sepanjang hari

menjadi peneman sehidup semati



BERTASBIH cinta kpd ILAHI

MUHASABAH cinta kpd ILAHI

ZIKIRLAH cinta kpd ILAHI

demi keberkatan drp ILAHI

Langkah seorang Murabbi


Terbentang luas bendang padi

Hijau menguning menambah seri

Dihembus sang bayu, indahnya retak tari

Pertunjukkan sang burung terbang sana sini

Riuh kicauan di hening pagi, melakarkan irama seni

Betapa nyaman desa ciptaan ilahi

Begitulah gambaran ketenangan yang di cari

Buat insan bergelar Murabbi

Dalam memperjuangkan kalimah Ilahi




Selangkah…demi selangkah

Perjalanan si Pencari ilmu tak mengenal erti susah

Tak sesekali mengalah pada keluh kesah

Mempedulikan pada angka jarak yang terpisah

Mengendahkan segala sumpah seranah

Sentiasa menjaga amanah sebagai khalifah

Walaupun di mata musuh berfitnahkan pemusnah

Namun di sisi Agama dan Allah dialah yang terindah



Bila kejayaan menerpa

Riangnya sang Murabbi tidak terkata

Usahanya tidak sia-sia

Mendatangkan hadiah yang cukup bermakna

Dalam sekelip mata, ujian datang bertakhta

Melemahkan segala usaha, langkah kaku sementara

Kejatuhan bagaikan di depan mata



Namun..teguhnya cinta si Murabbi kepada Ilahi

Memandang ujian dan cabaran sebagai sinar mentari

Pemangkin perjalanan hidup ini

Menoleh tidak, mengeluh jauh sekali

Bersyukur si Murabbi kepada Ilahi

Sesekali diuji menyedarkan dia menelaah 1000 erti

Sebagai metafora perjalanan seorang Murabbi

Tersuratnya penderitaan dan kebahagiaan

Tersiratnya kenikmatan

Ketika diri berjihad di jalan duniawi dan ukhrawi……..