Friday, December 31, 2010

Nota Cinta

“…….dinikahi wanita itu kerana empa perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu……”
(RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)


“…kerja..kerja..dan kerja. Aku bosan dengan semua ini. “ cetus hati kecil Izhar yang merasakan hidupnya sekarang sunyi dan sepi. Izhar merupakan seorang peguam di mahkamah syariah, bertugas sebagai pendakwaraya. Hari-hari berhadapan dengan kes-kes penceraian, khalwat…” bagaikan tertekan dengan kesibukan kerjayanya sehingga diri sendiri tak terurus rupa..” hidup bersahabat memang berbeza dengan hidup berteman..” tiba-tiba sahaja tersentuh hati si Izhar untuk mencari pasangan setelah sekian lama hidup bersendirian.



Dengan ini, bermulalah kisah, si ustaz dalam mencari pasangan hidupnya. Dengan langkahnya pertama, usaha Izhar telah bertemu dengan seorang gadis. Namanya Alfatunnisa’. Cantikkan namanya, begitulah juga parasnya, sedondon dgn namanya. Gadis ini adalah rakan sekampus kawan Izhar semasa menuntut di Jepun. Budak ni anak orang ternama, Tan Sri tu. Gugup jugak Izhar dibuatnya, nak berhadapan dengan Tan Sri. Tapi itu dulu, sebelum Izhar kenal dengan Tan Sri, tapi sekarang dah macam sedara..Itulah kan, yang dikatakan jodoh..sebenarnya perkenalan dengan gadis ni bukanlah lama, sekejap saja, memang merancang nak mendirkan rumah tangga dah pun..tapi, makin lama dikenali, makin lain peragai gadis ni..” mungkin ini bukan jodohku, aku tak tahu erti cinta..adakah aku tertarik padanya ataupun pada hartanya..nauzubillah, ya Allah..selamatkan diriku daripada godaan syaitan..” cetus hati Izhar.



Langkah pertama, Izahar gagal menemui cinta….pencarian Izhar tidak berhenti setakat itu sahaja. Akhirnya semasa menguruskan kes anak guamannya, si Izhar ni pula tertarik dengan anak kepada anak guamannya. Surina ni boleh tahan la, daripada keluarga yang sederhana, bijak bekata-kata. Akhirnya Izhar terpancing jua. Sesungguhnya Allah mengetahui segala-galanya. Pada suatu hari, terserempaklah dengan Surina, di supermarket. Dia tak sangka, bijak dalam berkata-kata, si Surina ni pandai menipu dan mengambil kesempatan. Rupanya bekerja di kelab malam.” Astaghfirullah al’azim, daku bersyukur padamu ya Rabbi, Engkau menyelamatkanku dari segala bencana, sekiranya aku berkahwin dengan keturunan seperti ini, amatlah pedih untuk aku melalui sisa-sisa hidup ini…” berdoa Izhar atas segala petunjuk daripadaNya.



Setelah kecewa dengan gelagat cinta yang ditemui, Izhar macam dah putus harapan. Biarlah masa yang menentukan. “aku yakin dengan ketentuan Allah”, pujuknya sendiri. Bulan silih berganti, hari demi hari, putaran jam meninggalkan masa-masa yang lalu..Izhar semakin sibuk dengan menguruskan firmanya. Nak dipendekkan cerita macam ni, pada suatu hari tu si Izhar ni ada meeting, meeting program “ selamatkan jiwa”..meeting tu pulak melibatkan seluruh mahkamah syaria’ah di kawasan tersebut. Ada dalam kalangan ahli jawatankuasa yang datang, seorang perempuan ni berbeza dari yang lain. Diam-diam ubi berisi, bila melontarkan idea, fuh!! Cukup bernas. Cantik memang tak boleh nak pertikaikan lagi. Berjubah pula tu, tak hairanlah sebab gadis ni kelulusan universiti Al-Azhar, anak tok imam pula. Bab kata, cukup marketla. Izhar ni memang dah tertarik dah dengan Sa’adatul Sakinah ni. Akhirnya dia tulis surat, begini bunyinya:



Salam perkenalan buat saudari Sa’adatul sakinah
Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, saya meminta izin daripada saudari untuk mengenali dengan lebih dekat lagi. Saya amat tertarik dengan saudari, pandangan mata yang penuh keihklasan melontarkan idea-idea yang bernas untuk melakukan kebajikan di jalan Allah. Mungkin Allah telah mempertemukan kita, dalam situasi yang sama. . Dirimu yang sempurna, memperjuangkan kalimah suci Allah membuatkan saya tertarik dengan saudari. Tidak sepertimana perempuan-perempuan di luar sana yang pernah saya kenali. Andainya diri tidak berpunya, izinkan saya untuk melamar awak sebagai isteri saya yang sah.



Ikhlas
Izhar
___________________________________________________________________________________________________-

Wsslm
Buat saudara yang baru ku kenali, sesungguhnya petemuan dan perpisahan adalah milik Allah, dialah berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang ku tulis buatmu, wahai saudaraku:
Cinta pertama mengukir peristiwa, menguggat pelbagai perkara,…Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana…Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa…Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tak akan pernah sempurna.
Wahai saudaraku..janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambanya mengata mengenai keburukan mereka…kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka…dan kirannya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirmu, tetapi aku membenci egomu..ingatlah wahai saudaraku, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah..hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tak layak untuk membuat penilaian..

Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta..Sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia..…Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya..
Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami….




“..Astaghfirullah al’azim… Astaghfirullah al’azim… Astaghfirullah al’azim…ampunkan dosaku Ya Allah selama ini, aku telah tewas dalam permainan cinta. Terlampau mengejar cinta, aku telah melakukan dosa pada mereka. Sesungguhnya diriku kerdil di hadapanMu ya Rabbi..aku sememangnya tidak layak untuk menghukum manusia, sesungguhnya aku seorang hamba seperti mereka..” doa Izhar selepas menunaikan sola. Dia kini bersyukur dikurniakan seorang isteri yang solehah, mampu memandu hidupnya dan saling melengkapi dalam kesilapan masing-masing. Dia tersedar akan kesilapannya terhadap Surina, Alfatunnisa yang gagal menemukan mereka kepada kebenaran.

Thursday, December 30, 2010

semoga anda terus T.E.R.S.E.N.Y.U.M


Jika anda ditegur dalam setiap perkara

Pandanglah ia dengan kebaikan

Semoga anda terus tersenyum





Jika anda merasakan hidup ini susah

Susah lagi si miskin menjalani kehidupan

Semoga anda terus tersenyum





Jika anda fikir hidup anda terkokong

Lihatlah pula mereka di sebalik jeriji besi penjara

Semoga anda terus tersenyum





Jika anda merasakan kawan sukar difahami

Lihatlah anda diri sendiri

Semoga anda terus tersenyum





Jika anda fikir menuntut ilmu 1 kepayahan

Payah lagi Nabi dan para sahabat mempertahankan islam

Semoga anda terus tersenyum





Jika anda fikir harta menuju kebahagiaan

Jangan lupa iman menjadi nadi kehidupan dan ketenangan

Semoga anda terus tersenyum





Jika anda merasakan sejarah itu pening

Tugas anda mencoretkan sejarah yang paling indah dalam hidup

Semoga anda terus tersenyum





Jika anda merasakan kenangan itu racun

Tukarlah ia sebagai penawar

Semoga anda terus tersenyum





Jika anda tidak mampu berjihad dengan senjata

Berjihadlah anda menentang syaitan, musuh yang nyata

Semoga anda terus tersenyum





Jika anda fikir hidup anda menderita

Derita lagi rakyat palestin di sana

Semoga anda terus tersenyum





Jika anda fikir makan untuk hidup

Bagaimana pula dengan tuntutan hidup untuk ALLAH?, fikir-fikirkan…

Semoga anda terus tersenyum



Jika anda malu untuk menyatakan kebenaran

Bagaimana pula sikap tak malu ketika melakukan kemaksiatan?

Semoga anda terus tersenyum





Jika anda mengatakan hiburan teman setia anda

Jangan pula melebihi Mushaf, cahaya ketenangan

Semoga anda terus tersenyum







Jika gelisah dan resah menguasai anda

Biarlah gelisah dan resah anda bernilai ibadat

Semoga anda terus tersenyum





Jika waktu dilahirkan, anda menangis

Jadikan pada satu masa ketika anda meninggalkan dunia ini, orang lain menangis

Dan anda terus tersenyum…………….







“……sekiranya kalian mengitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya…”

(Ibrahim : 34)

JIKA.................

jika esok orang yang awak sayang BISU. apa yang awak nak dia UCAP?

jika esok orang yang awak sayang PEKAK, apa yang awak nak dia DENGAR?

jika esok orang yang awak sayang BUTA, apa yang awak nak dia LIHAT?



TP...seandainya esok orang yang awak sayang PERGI buat selama-lamanya,

ingatlah...tiada lagi peluang untuk awak bersamanya





RENUNGILAH DAN HAYATILAH, jangan membiarkan PERASAAN menguasai diri, dan andainya diri

menjadi hamba PERASAAN, secara tak langsung anda akan mempedulikan perasaan orang lain..tidaklah

rugi menjadi seorang yang DERMAWAN pemaaf daripada HARTAWAN pedendam..hargailah orang di sekeliling

selagi dirinya masih ada...





IMAN AL-GHAZALI dalam kitabnya MINHAJ AL-ABIDIN



".. KAMU HENDAKLAH MENGAWASI DARIPADA NAFSU AMARAH YANG MENDORONG KEJAHATAN KERANA IANYA SEBESAR2 MUSUH DAN BALANYA PALING SUKAR UNTUK DIELAKKAN.."

Musafir yang Berjuang

Musafir...bermusafirlah

mencari ilmu Allah

tak kira senang atau susah

memegang amanah khalifah





Marilah bermusafir

laksana pohon yang menghijau

ibarat langit yang biru

damainya seperti nafas sang bayu

gambaran kesegaran ilmu

buat Pencari ilmu yang bermutu





musafir...bermusafirlah

para penuntut ilmu yang amanah

permulaannya dengan BISMILLAH

diakhiri dengan ALHAMDULILLAH

demi mencari keberkatan ALLAH





Wahai para musafir

usah takut namamu dicemar

selagi engkau berjihad fisabilillah

namamu dalam catatan terindah





musafir...bermusafirlah

mencari KALAM ALLAH

ketepikan asbab musabab

demi menjadi ' ULUL ALBAB '







"..JIKA KAMU INGINKAN KEJAYAAN DI DUNIA, HENDAKLAH DENGAN ILMU. JIKA KAMU INGINKAN KEJAYAAN AKHIRAT, HENDAKLAH DENGAN ILMU. JIKA KAMU INGINKAN KEJAYAAN KEDUA-DUANYA HENDAKLAH JUGA DENGAN ILMU.."



**** IMAM SYAFIE ****

Monday, November 1, 2010

BICARA CINTA

Cinta itu raja kehidupan
Pusat segala peredaran zaman
Melengkap asas roda perjalanan
Meniti hari-hari kehidupan

Cinta dan hidup beriringan
Cinta dan jiwa saling berpasangan
Indah cinta zaman-berzaman
Andai cinta dibajai iman

Cintakan harta, harta kehabisan
Cintakan rupa ,mendatangkan bosan
Cintakan ibubapa, satu tuntutan
Cintakan Allah dan Rasul suatu kemestiaan


~~*** sekian, wassalam ***~~